Sejarah Internet

Internet sebenarnya lahir daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat melalui projek yang mereka panggil ARPANet yang dimulakan pada tahun 1969. Matlamat utama projek itu adalah untuk membolehkan saintis yang berada berbatu-batu jauhnya berkerja bersama dengan menghubungkan komputer-komputer penyelidikan mereka. ARPANet adalah rangkaian Internet yang pertama dan melaluinya, Transmission Control Protocol/Intenet Protocol (TCP/IP), iaitu bahasa umum untuk rangkaian diperkenalkan. Walaupun teknologi Internet sudah diperkenalkan sejak tahun 1960an lagi, tetapi penerimaanya secara besar-besaran hanya bermula sekitar akhir tahun 1993. Sekarang Internet telah digunakan secara komersial dan dikendalikan oleh pembekal-pembekal Internet. Internet memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bidang sains dan pendidikan, tetapi juga di dalam bidang perniagaan, perubatan, rekreasi dan politik. Sekarang, Internet membolehkan anda mendapat maklumat baru, mendapat kawan baru atau hanya sekadar melihat sekeliling sahaja.



[ HOME ]

Sejarah internet |  Sejarah Internet Di Malaysia
Sejarah Multimedia  Sejarah mikroprosesor
Sejarah ringkas komputer