Mikrokomputer biasanya dikaitkan pada pc-personal komputer. Sebutan ini dicipta oleh IBM. Mikrokomputer dianggap sebagai satu sistem paling mudah. Nadi penting mikrokomputer ialah mikroprosessor. Ia terbit setelah manusia menemui teknik LSI- Large Scale Integration. Di waktu awal dahulu teknik LSI hanya digunakan untuk membuat calculator.


Asal Usul Mikroprosesor

Punca terciptanya mikroprosessor adalah dengan cara tak langsung. Ia bermula dengan penciptaan calculator dalam tahun 60'an. Kemudian daripada itu perkembangan elektronik mulai pesat. Bidang elektronik bertambah maju dengan transistor.Ini disusuli dengan IC-integrated circuit, LSI-large scale integration dan VLSI-very large scale integration. TeknikLSI didahului oleh Amerika. Ketika itu Amerika sudah diakui maju dan diwaktu yang sama Jepun mula mendampingi Amerika. Kebetulan Jepun sedang mencari-cari teknik bagaimana hendak memudahkan dan memurahkan kos pembuatan atau design-rekaan,calculator yang tak selaras. Setiap syarikat Jepun membuat calculator menggunakan design yang unik. Jika satu fungsi yang istemewa ditambah, design baru diperlukan dan LSI baru dibuat. Berbekalkan kesulitan begini, dikhabarkan sebuah syarikat calculator Jepun telah menemui Intel. Ia membuat tempahan LSI untuk calculator. Tetapi baik hati Intel, ia mencadangkan satu pendekatan baru. Intel mencadangkan mengapa tidak menggunakan satu chip umum. Perubahan fungsi istemewa hanya perlu mengubahkan software yang dapat menggerakkan hardware agar dapat memberikan kerja bermanfaat sedangkan hardware tidak bertukar. Apa yng Intel maksudkan ketika itu ialah chip yang menyerupai komputer. Setelah dipersetujui muncullah hardware yang dipanggil CPU - Unit Pemprosesan Pusat. Setelah peristiwa itu berkembanglah dunia mikroprosessor. Kebetulan mikroprosessor menghayati teknik digital. Dunia elektronik digital pun berkembang pesat hingga maju ke hari ini.



[ HOME ]

Sejarah internet |  Sejarah Internet Di Malaysia
Sejarah Multimedia Sejarah mikroprosesor
Sejarah ringkas komputer