SEBELUM TAHUN 1940-AN

Enjin Pembezaan Babbage

Dalam tamadun Mesir dan China, Abakus telah digunakan sebagai alat penghitung. Abakus boleh membuat operasi tambah, tolak, bahagi, darab dan merupakan penghitung berdigit yang pertama. Pada tahun 1642, seorang Perancis bernama Blaise Pascal telah mencipta suatu mesin pengira mekanik. Mesin ini mengandungi roda bernombor. Ia boleh menambah atau menolak nombor dengan memusing roda-roda kecil. Hampir semua kalkulator yang dicipta selepas ini menggunakan konsep mesin tersebut. Pada 1816, seorang Inggeris bernama Charles Babbage memperkenalkan konsep komputer moden. Beliau membina mesin yang dinamai Enjin Pembezaan Babbage untuk membuat penghitungan mudah secara automatik bagi menyediakan jadual trigonometri dan logaritma. Mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai alat input. Penciptaan komputer selepas itu adalah berdasarkan konsep Charles Babbage. Pada tahun 1937, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen mekanik dan elektronik yang dinamakan Mark I. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah trigonometri disamping pengiraan asas.

     

GENERASI PERTAMA

Komputer generasi pertama ialah komputer yang menggunakan tiub vakum elektronik. Pelaksanaan operasi oleh komputer ini adalah beribu-ribu kali lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. Pada tahun 1946, komputer berdigit elektronik pertama yang dinamai ENIAC (Elektronik Numeric Integrator And Computer) telah dibina di Amerika Syarikat oleh John Mauchly dan Presper Eckert untuk penggunaan dalam bidang ketenteraan. Pada 1950 pula, EDVAC (Elektronik Discrete Automatic

UNIVAC-1

Computer) pula dicipta.Pada tahun 1951, UNIVAC-1 (UNIVersal Automatic Calculator) yang merupakan komputer berdigit komersial pertama dibina oleh Eckert dan Mauchly untuk kegunaan dalam bidang perdagangan. Kejayaan UNIVAC-1 membuka jalan kepada pengurusan perniagaan berasaskan komputer. Penggunaan tiub vakum adalah salah satu sebab mengapa saiz komputer generasi pertama ini besar, dan ia juga cepat menjadi panas kerana banyak tenaga elektrik digunakan.

     

GENERASI KEDUA

Komputer generasi kedua adalah komputer yang menggunakan transistor. Transistor lebih kecil, ringan, murah, tahan lama dan mudah dikendalikan jika dibandingkan dengan tiub vakum. Saiz fizikal dan keperluan kuasa elektriknya juga kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Komputer generasi kedua boleh dibina dengan kos yang lebih rendah. Komputer generasi ini menggunakan papan kekunci. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti FORTRAN dan COBOL mula diperkenalkan. Contoh komputer generasi kedua ialah IBM 1400, IBM 1700, UNIVAC III dan NCR 304.

 

     

GENERASI KETIGA

Komputer generasi pertama dan kedua mengandungi banyak wayar yang menyambungkan setiap komponen. Apabila ahli sains berjaya menghasilkan litar terkamir dengan memadatkan beberapa ratus atau ribu transistor ini ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses penyepaduan skala besar, (LSI; large scale integration) komputer generasi ketiga muncul. Komputer yang menggunakan cip litar terkamir ini tidak memertukan banyak sambungan dan menggunakan kuasa yang lebih kecil. Jenis komputer ini lebih kuat, utuh, dan padat. Mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan dihasilkan, seperti BASIC dan Pascal. Contoh komputer generasi ketiga ialah IBM 360, ICL 1900 (International Computer Limited) dan VAC 9000.

 

     

GENERASI KEEMPAT

Komputer generasi keempat menggunakan cip yang lebih maju. Pembuatan cip itu adalah melalui proses penyepaduan skala amat besar (VLSI; very large scale integration). Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap dan besar. Ia juga mewujudkan superkomputer, sejenis komputer yang amat pantas dan lebih cekap daripada kerangka utama.

Cip litar terkamir

Superkomputer mempunyai ciri kelajuan pemprosesan yang sangat pantas. Ia mempunyai lebih daripada satu pemproses yang memproses selari. Superkomputer ini digunakan dalam bidang pengiraan saintifik dan penjanaan grafik kompleks. Cray-1 ialah komputer yang paling maju di dunia pada masa itu dan ia membantu dalam rekabentuk senjata peperangan moden. Pada tahun 1975, Steve Wozniak dan Steve Jobs membina Apple I, sejenis mikrokomputer peribadi. Pada tahun 1981 muncul IBM 16 Bit. Mikrokomputer yang popular kini adalah seperti siri APPLE, siri IBM, COMMODORE-64, ATARI dan lain-lain.

 

     

GENERASI KELIMA

Generasi akan datang boleh disebut generasi kelima. Komputer generasi kelima mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas pada satu masa. Komputer itu juga seolah-olah dapat berfikir dengan sendiri cara-cara untuk menyelesaiakn sesuatu masalah tanpa memerlukan banyak bantuan manusia, boleh mengesan keadaan sekeliling melalui penglihatan dan bijak mengambil suatu keputusan bebas. Tambahan pula komputer itu dapat bertindak dengan mengeluarkan suara melalui sebuah mikrofon. sifat ini disebut sebagai kecerdasan buatan.



H O M E




BerTAQWAlah kepada ALLAH